Voting
Monday, 6 June 2011
RUMUSAN
Aplikasi web 2.0 berkembang dengan pesat dan mendapat sambutan hangat daripada komuniti internet. Kebanjiran pelbagai produk web generasi kedua ini menuntut persaingan pesat dan limpahan ekonomi yang bernilai trilion ringgit. Teknologi ini berkembang pesat seiring dengan keperluan generasi Y yang lebih moden, bebas serta lebih terbuka pemikiran serta gaya hidupnya. Web 2.0 dapat memperkembangkan kreativiti manusia, mempelbagaikan cara komunikasi, memperluas hubungan sosial, mempertingkatkan keselamatan dalam proses perkongsian maklumat serta menggalakkan kolaboratif dalam pembelajaran. Potensinya amat besar dan bermanfaat kepada pengguna internet.
Inovasi web 2.0 memberi pengaruh besar dalam kehidupan harian manusia. Jika sebelum ini dalam web 1.0 merupakan aplikasi yang mendominasi cara hidup masyarakat dunia, kini web 2.0 memberi dimensi baru yang lebih moden. Kepantasan aliran data dan pertambahan bilangan pengguna internet yang luar biasa sejak kebelakangan ini menuntut inovasi yang baru. Web 2.0 menuju landasan yang tepat sebagai wadah komunikasi masyarakat siber. Transformasi ini memberi kesan besar kepada sosial manusia serta memudahkan urusan harian manusia sejagat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment