Voting

Monday, 6 June 2011

PENGENALAN



       Web 2.0 adalah satu istilah yang membawa maksud interaksi antara pemilik dan pengguna dengan konsep yang lebih mudah dan fleksibel. Teknologi web 2.0 menggambarkan aplikasi-aplikasi internet generasi baru yang merevolusi cara pengguna menggunakan internet.



       Web 2.0 adalah laman web yang mempunyai ciri-ciri lebih mudah dan ringan untuk diakses. Semua aplikasi internet bagi web 2.0 adalah berbeza dengan generasi sebelumnya pada pertengahan tahun 1990-an yang dikenali sebagai web 1.0. Web 2.0 juga dikatakan satu inovasi baru sebagai pengganti generasi pertama web. Kini web 2.0 memasuki era transformasi yang begitu pantas seiring dengan perkembangan dunia ICT global. Pelbagai pembaharuan terhadap perisian, aplikasi serta kepenggunaan telah diperkenalkan sehingga kini.

       Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi internet dari web berbentuk statik kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel. Kandungan yang dipersembahkan lebih interaktif dan pelbagai. Ia menekankan konsep komunikasi web secara dua hala dan bukan lagi hanya penyampai informasi semata-mata. Pengenalan beberapa inovasi seperti laman blog, menjadikan komunikasi manusia begitu pantas, mudah dan berkesan. Rangkaian menjadi lebih luasdan terbuka merentasi batas sempadan negara.

No comments:

Post a Comment