Voting
Monday, 6 June 2011
RUMUSAN
Aplikasi web 2.0 berkembang dengan pesat dan mendapat sambutan hangat daripada komuniti internet. Kebanjiran pelbagai produk web generasi kedua ini menuntut persaingan pesat dan limpahan ekonomi yang bernilai trilion ringgit. Teknologi ini berkembang pesat seiring dengan keperluan generasi Y yang lebih moden, bebas serta lebih terbuka pemikiran serta gaya hidupnya. Web 2.0 dapat memperkembangkan kreativiti manusia, mempelbagaikan cara komunikasi, memperluas hubungan sosial, mempertingkatkan keselamatan dalam proses perkongsian maklumat serta menggalakkan kolaboratif dalam pembelajaran. Potensinya amat besar dan bermanfaat kepada pengguna internet.
Inovasi web 2.0 memberi pengaruh besar dalam kehidupan harian manusia. Jika sebelum ini dalam web 1.0 merupakan aplikasi yang mendominasi cara hidup masyarakat dunia, kini web 2.0 memberi dimensi baru yang lebih moden. Kepantasan aliran data dan pertambahan bilangan pengguna internet yang luar biasa sejak kebelakangan ini menuntut inovasi yang baru. Web 2.0 menuju landasan yang tepat sebagai wadah komunikasi masyarakat siber. Transformasi ini memberi kesan besar kepada sosial manusia serta memudahkan urusan harian manusia sejagat.
APLIKASI WEB 2.0
1. BLOG
Blog menggantikan fungsi web peribadi dengan membenarkan pemiliknya berkongsi pengalaman serta pandangan dengan masyarakat dunia tanpa batasan. Penulis blog mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap data atau maklumat di dalam laman. Kandungan dapat disebarkan lebih pantas dan percuma. Setiap maklumat yang dikongsi akan dinilai oleh pembaca dan mereka boleh berkomunikasi dengan penulis secara terus sekiranya mereka ingin memberikan maklum balas. Blog juga sering dijadikan senjata politik yang berkesan untuk berkempen, menyampaikan ideologi serta mengkritik sesuatu isu. Blogger dan Wordpress merupakan penyedia laman blog yang berjaya dengan himpunan berjuta penulis blog dari serata dunia.
2. WIKI
Wiki menjadi satu platform baru yang unik dalam penyebaran maklumat. Melalui wiki, pengguna bebas memasukkan maklumat dan melakukan suntingan sendiri terhadap data yang disumbangkan oleh pengguna lain. Perkembangan ini membuka satu lembaran baru dalam dunia pendidikan. Ensiklopedia bebas Wikipedia merupakan contoh terbaik bagaimana sistem wiki berfungsi sebagai sebuah sumber rujukan pendidikan dalam pelbagai bahasa. Selain itu, inovasi terkini wiki diperkenalkan oleh Wikispaces sebagai salah satu platform perkongsian maklumat pendidikan. Wikimapia pula menyediakan ruang kepada pengguna untuk melabel sendiri kawasan pada peta satelit dalam webnya. Potensi penggunaan sistem wiki amat luas dan mampu berkembang pada masa akan datang dalam pelbagai bidang yang lain.
3. PODCAST
Podcast pula merupakan satu teknologi yang membenarkan gajet pemain media mudah alih atau komputer peribadi mencapai bahan audio atau video digital dari internet. Kandungannya dikemas kini secara automatik jika terdapat sebarang masukan baru dari sumber atau penyedia perkhidmatan. Ia menggunakan protokol RSS seperti Web Feeds. Apple iPod merupakan pelopor terawal teknologi ini. Teknologi ini semakin popular dalam pendidikan masa kini. Ia digunakan untuk menyalurkan maklumat serta berkongsi bahan pengajaran. Guru dapat menyediakan video tutorial, rakaman televisyen serta contoh tugasan melalui fungsi paparan gajet melalui teknologi ini. Selain bidang pendidikan, ia digunakan dalam bidang keselamatan, bidang penyiaran serta dalam sektor korporat.
4. RANGKAIAN SOSIAL
Rangkaian sosial pula merupakan satu cetusan hebat web 2.0. Laman web rangkaian sosial berkembang dengan pesat sebagai satu medium komunikasi popular masa kini. Kemunculan Myspace, Friendster, Facebook, Twitter, Flickr, Slideshare serta beberapa lagi telah membentuk beberapa kumpulan komuniti maya berskala besar yang mengumpulkan manusia dari seluruh dunia. Kumpulan ini akan semakin membesar dengan penyertaan rakan baru dari pelbagai peringkat umur dan warna kulit. Laman rangkaian sosial paling besar, Facebook yang diasaskan Mark Zuckerberg mempunyai lebih 60 juta ahli yang aktif sejak ditubuhkan pada 4 Februari 2004. Laman ini membenarkan perkongsian maklumat peribadi, minat, gambar foto dan video antara satu sama lain.

RICH USER EXPERIENCES
Aplikasi web 2.0 mempunyai user interface yang banyak walaupun berada di dalam pencarian. Teknologi seperti AJAX memungkinkan aplikasi internet bergerak dengan pantas seperti aplikasi Windows di komputer. Contohnya, Gmail iaitu aplikasi email dari Google yang mempunyai revolusi user interface.
SOFTWARE ABOVE THE LEVEL OF A SINGLE DEVICE
Aplikasi web 2.0 boleh bergerak seiring melalui pelbagai peranti. Contohnya, iTunes dari Apple yang bergerak seiring dari internet ke komputer pengguna hingga kepada peranti telefon mudah alih. Pada masa akan datang, aplikasi-aplikasi seperti ini akan bertambah maju dan canggih.
LIGHTWEIGHT PROGRAMMING MODELS
Aplikasi web 2.0 menggunakan teknik program yang mudah seperti AJAX dan RSS. Ini memudahkan pengguna lain mengulang pakai layanan suatu aplikasi Web 2.0. Contohnya Google Maps yang memudahkan pengguna untuk membentuk layanan baru. Sebagai hasilnya, wujud layanan-layanan seperti HousingMaps yang menggabungkan layanan Google Maps dengan Craigslist.
END OF THE SOFTWARE RELEASE CYCLE
Aplikasi web 2.0 berbeza dengan aplikasi pada platform seperti Windows. Aplikasi Windows lazimnya diperbaharui setelah beberapa tahun, contohnya Microsoft Office yang mempunyai versi 97, 2000, XP, 2003 dan 2007. Selain itu, aplikasi web 2.0 sentiasa dikemas kini, contohnya Google yang sentiasa dikemas kini data dan programnya pada setiap masa.
DATA IS THE NEXT INTEL INSIDE
Kekuatan aplikasi web 2.0 terletak pada data. Aplikasi-aplikasi internet yang dihasilkan lazimnya disokong oleh asas data yang kuat. Sebagai contoh, Google yang mempunyai kekuatan sebagai pusat pengumpulan dan pengurusan data laman web di internet. Contoh lain adalah Amazon yang memiliki data buku yang bukan hanya lengkap, malah sangat kaya dengan hal-hal seperti review, rating pengguna, link ke buku-buku lain dan sebagainya.
HARNESSING COLLECTIVE INTELLIGENCE
Aplikasi web 2.0 memanfaatkan kepandaian dari orang ramai secara kolektif. Kesannya, wujud asas pengetahuan yang sangat luas hasil dari gabungan pengetahuan orang ramai. Contoh yang jelas adalah Wikipedia. Wikipedia adalah ensiklopedia secara online yang membolehkan semua pengguna membuat dan mengubah artikel. Seterusnya ia menghasilkan ensiklopedia secara online yang mempunyai artikel yang sangat lengkap. Begitu juga dengan Blogosphere yang menghubungkan penulis-penulis blog yang akhirnya akan membentuk jaringan pengetahuan yang sangat luas.
THE WEB AS PLATFORM
Aplikasi web 2.0 menggunakan internet sebagai platform untuk mengaplikasikannya. Platform yang biasa digunakan adalah Windows yang mempunyai aplikasi seperti Microsoft Office dan Adobe Photoshop. Aplikasi menggunakan internet secara langsung boleh mengakses Google, Flickr, Wikipedia dan sebagainya tanpa menggunakan sistem operasi dari sumber lain.
PENGENALAN
Web 2.0 adalah satu istilah yang membawa maksud interaksi antara pemilik dan pengguna dengan konsep yang lebih mudah dan fleksibel. Teknologi web 2.0 menggambarkan aplikasi-aplikasi internet generasi baru yang merevolusi cara pengguna menggunakan internet.
Web 2.0 adalah laman web yang mempunyai ciri-ciri lebih mudah dan ringan untuk diakses. Semua aplikasi internet bagi web 2.0 adalah berbeza dengan generasi sebelumnya pada pertengahan tahun 1990-an yang dikenali sebagai web 1.0. Web 2.0 juga dikatakan satu inovasi baru sebagai pengganti generasi pertama web. Kini web 2.0 memasuki era transformasi yang begitu pantas seiring dengan perkembangan dunia ICT global. Pelbagai pembaharuan terhadap perisian, aplikasi serta kepenggunaan telah diperkenalkan sehingga kini.
Web 2.0 merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi internet dari web berbentuk statik kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel. Kandungan yang dipersembahkan lebih interaktif dan pelbagai. Ia menekankan konsep komunikasi web secara dua hala dan bukan lagi hanya penyampai informasi semata-mata. Pengenalan beberapa inovasi seperti laman blog, menjadikan komunikasi manusia begitu pantas, mudah dan berkesan. Rangkaian menjadi lebih luasdan terbuka merentasi batas sempadan negara.
Friday, 6 May 2011
MYSELF
Norhidayah Binti Ithnin
DB100604
Binaan Bangunan
840603-01-5984
SMK Munshi ABdullah, Kulaijaya, Johor
DB100604
Binaan Bangunan
840603-01-5984
SMK Munshi ABdullah, Kulaijaya, Johor
Subscribe to:
Posts (Atom)